Makluman Terkini
16/11/2016 | Jam :16:14:00
MAKLUMAN PEPERIKSAAN UNTUK PELAJAR

MAKLUMAN PEPERIKSAAN UNTUK PELAJAR

1.&... Lagi


Tajuk : MAKLUMAN PEPERIKSAAN UNTUK PELAJAR

Makluman :

MAKLUMAN PEPERIKSAAN UNTUK PELAJAR

1.       KEPUTUSAN RASMI

Tarikh keputusan rasmi peperiksaan akhir Sesi Jun 2016 pada 21 November 2016 dan pelajar boleh membuat semakan keputusan pada tarikh berkenaan.

Keputusan peperiksaan boleh diketahui melalui cara-cara berikut;

i.      Rujuk papan notis jabatan untuk mengetahui status keputusan peperiksaan mulai 21 November 2016.

ii.     Rujuk laman Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik iaitu http://spmp.polisas.edu.my (Perkhidmatan on-line: i-exam)

iii.     Hubungi Unit Peperiksaan POLISAS: Pej. Am: 09 - 5655348 / Peg. Peperiksaan: 09 - 5655349

 

 2.       RAYUAN

Tarikh akhir rayuan bagi Sesi Jun 2016 pada 05 Disember 2016. Rayuan selepas tamat tempoh yang dibenarkan tidak akan dipertimbangkan.

i.            Rayuan untuk menyemak semula skrip jawapan peperiksaan hendaklah disertakan dengan bayaran sebanyak                 RM25.00 bagi setiap kursus dalam bentuk wang pos/kiriman wang atas nama PENGARAH POLISAS serta muat turun      LAMPIRAN 1. Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat tertera di bawah.

ii.           Rayuan keputusan peperiksaan hendaklah disertakan dengan bayaran sebanyak RM50.00 dalam bentuk wang        pos/kiriman wang atas nama PENGARAH POLISAS dan hendaklah disertakan dengan surat rasmi sepertimana                 LAMPIRAN 2 kepada;

 

Sila nyatakan no. telefon anda apabila berurusan untuk tindakan SEGERA

Jawatankuasa Peperiksaan POLISAS

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah

Semambu, 25350 Kuantan, Pahang

(u.p: Pegawai Peperiksaan)

atau melalui e-mail: ahmadyusof@polisas.edu.my

 

Permohonan rayuan hendaklah disertakan bersama Folder Penilaian PB (folio PB) bagi kursus berkenaan sekiranya berkaitan dengan kes rayuan anda. Rayuan hendaklah disertakan dengan alasan-alasan yang munasabah dan bahan/dokumen bukti yang berkaitan sebagai sokongan.

KEPUTUSAN RASMI SELEPAS RAYUAN ADALAH MUKTAMAD


3.       PENILAIAN KHAS (MP)

Bagi pelajar semester akhir yang gagal SATU kursus sahaja, penilaian khas (Mengulang Penilaian) bagi kursus berkenaan akan dilaksanakan pada  19 Disember 2016 – 13 Januari 2017 dan keputusan rasmi pada 19 Januari 2017

Sesi Taklimat dan Pendaftaran Kursus Penilaian Khas (MP)

Tarikh : 19 Disember 2016 (ISNIN)

Tempat : Dewan Seminar Kokurikulum, Kampus B

Masa : 9.00 Pagi

 

* KEHADIRAN BAGI PELAJAR YANG TERLIBAT ADALAH DIWAJIBKAN